Followers

Tuesday, November 15, 2011

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PJ

1)      INFRASTRUKTUR

¨  Infrastruktur yang disediakan memainkan peranan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.
¨  Kesempurnaan aktiviti Pendidikan Jasmani di padang juga bergantung kepada bahan atau infrastuktur  yang  sedia ada.
¨  Antara elemen yang perlu ditelitikan ialah :
¤  Kedudukan sekolah
¤  Kewangan sekolah
¤  Kemudahan
¤  Peralatan

¨  Kedudukan Sekolah
¤  Luar bandar dan di bandar banyak bezanya, masih terdapat beberapa kemudahan pembelajaran yang masih tiada di sekolah pedalaman tetapi ada di bandar.
¤  Contoh :
¨  Kemudahan internet penting bagi penerokaan ilmu. Di luar bandar  pula, kemudahan seperti ini kurang disediakan.
¨  Bagi kemudahan di sekolah  bandar kemungkinan mempunyai kemudahan padang yang kurang sempurna.

¨  Kewangan sekolah
¤  Aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah bergantung kepada kapasiti murid. Oleh itu, keperluan kewangan yang diperuntukkan bergantung kepada kapasiti murid sesebuah sekolah.
¤  Faktor sosioekonomi memainkan peranan dalam membantu sumber ekonomi sekolah.
¨  Contoh
¨  Sekolah di perumahan elit mudah untuk mendapat sumbangan. Aktiviti boleh dijalankan secara besar-besaran dan lebih selesa.


¨  Kemudahan
¤  Kemudahan yang mencukupi memboleh aktiviti dijalankan dengan sempurna.
¤  Penyeliaan oleh pihak pentadbiran mestilah dijalankan dengan sempurna.
Contohnya:
Aktiviti yang melibatkan penggunaan gelanggang tidak semestinya dapat dijalankan dengan sempurna. Ini kerana kemudahan gelanggang tidak terdapat dalam semua sekolah atau tidak disediakan dengan sempurna.


¨  Peralatan
¤  Peralatan mestilah berkeadaan baik dan tidak membahayakan.
¤  Ini  membolehkan aktiviti dapat dijalankan dengan lebih baik .
¤  Contoh :
n  Kemahiran lompat pagar, peralatan yang digunakan mestilah selamat dan tidak membahayakan murid. 


2)      TENAGA PENGAJAR

  • ¨  Tenaga pengajar amatlah penting dalam semua subjek termasuklah Pendidikan Jasmani.
  • ¨  Antara elemen yang perlu diambil kira ialah kepakaran yang ada kepada seseorang tenaga pengajar Pendidikan Jasmani.
  • ¨  Contohnya :Tenaga pengajar dalam permainan hoki perlu mengetahui dan menguasai kemahiran dengan lebih mendalam.
  • ¨  Tenaga pengajar mestilah mempunyai ilmu PJ berkenaan dengan kemahiran,teknik,dan strategi pengajaran sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti.
  • ¨  Aktiviti pendidikan Jasmani yang berisiko memerlukan tenaga pengajar yang mahir dan bertanggungjawab setiap aktiviti yang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya risiko kemalangan semasa aktiviti dijalankan.
  • ¨  Tenaga pengajar perlu lebih prihatin terhadap kemampuan dan keupayaan murid terhadap pengajaran dan fleksibel.
  • Contohnya: Dalam aktiviti sukan dan rekreasi (abselling), jika guru tidak berpengetahuan atau kurang kepakaran  kemungkinan berisiko berlakunya kemalangan akan berlaku. Oleh itu, guru perlu memahami dan mengetahui aplikasi aktiviti dengan lebih terperinci

3) PERSEKITARAN DAN BUDAYA TEMPAT

  • Kebersihan sesuatu kawasan dan persekitarannya turut mempengaruhi aktiviti pendidikan jasmani
  • Tempat yang kotor akan menjejaskan keselesaan murid untuk belajar    dan menjalankan aktiviti serta menjejaskan kesihatan murid.

  • Keselamatan aspek yang amat penting
Pilih kawasan dan persekitaran tempat yang selamat
Selamat untuk diri sendiri dan orang lain
Keadaan yang bahaya dan kurang selamat menjejaskan keyakinan murid untuk belajar 

  • Setiap aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan hendaklah dijalankan di tempat yang sesuai
    Contoh :
    -Kawasan padang - Olahraga (balapan/padang)
    -Dewan tertutup - badminton

Thursday, June 2, 2011

anda otak lelaki atau otak perempuan??

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…
Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!







OK?
berapa banyak?
Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)
Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS





Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…
Otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F's pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.

Wednesday, June 1, 2011

PENTAFSIRAN DALAM PJ


Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

-Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.
-Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang.
-pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.
-Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
 1.Memfokuskan kepada setiap individu
-Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.
 2.Menentukan status semasa
-Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :
a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan
e) Menentu aktiviti tertentu.
 3.Memilih wakil
-Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.
 4.Memotivasikan individu
-memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.
 5.Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani
-Digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan.
-memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.
 5.Membekalkan maklumat untuk kajian lain
 -Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.

Ujian Kecerdasan
- Ujian kecerdasan digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.
-Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang 48 OUM. pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796.
-Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius.
-Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt, Cattell dan Binet (Abu Bakar,1986).
-Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai.
-Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:

i. berlandaskan kesihatan
- Komposisi Badan 
- Fleksibiliti 
- Daya Tahan Kardiovaskular 
- Kekuatan Otot 
- Daya Tahan Otot 

ii. berlandaskan kemahiran motor
- Kelajuan 
- Koordinasi
- Ketangkasan
- Kuasa
- Imbangan
- Masa Reaksi

Saturday, May 21, 2011

TIPS: Masa yang tepat minum air

Air merupakan sumber yang penting dalam tubuh manusia. Setiap manusia perlu minum air dengan cukup untuk pastikan kesihatan badan, tapi air yang macam mana dan bila masa yang paling sesuai untuk minum.
Air yang dimaksudkan bukanlah air kopi, tea, milo dan minuman yang lain yang biasa kita minum, tetapi air di sini bermaksud air mineral yang kita minum. Dibawah dinyatakan amalan yang betul untuk minuman air mineral yg. boleh mentihatkan badan...


Berikut masa yang tepat untuk minum air, memaksimumkan dan memberi kesan kepada tubuh badan manusia.

2 gelas air selepas bangun tidur - membantu aktifkan organ dalaman

1 gelas air - 30 minit sebelum makan - membantu digestion

1 gelas air - sebelum mandi - membantu menurunkan tekanan darah
1 gelas air - sebelum tidur - mengelakkan stroke atau heart attack




Sama-sama kita amalkan, InsyaAllah sihat tubuh badan...

Tuesday, May 17, 2011

stadium di Qatar sempena Piala Dunia FIFA 2022

Qatar telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia fifa 2022. 

Berikut adalah beberapa konsep stadium yang akan digunakan untuk perlawanan tersebut:












 Berteknologi tinggi, cantik dan futuristik

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (Surah Az-Zumar, ayat 9) 


Selamat hari Guru 2011 : GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA




Wednesday, May 11, 2011

Fenomena Angry Bird

Angry bird merupakan permainan video berunsurkan kekuatan mentaliti untuk melepasi semua halangan yang terdapat pada setiap peringkat dalam games tersebut.

Games ini dibangunkan oleh Rovio, sebuah syarikat yang berpengkalan di Finland. 

Games ini berjaya menarik minat perhatian seluruh dunia untuk cuba bermain dengan lebih 50 juta kali dimuat turun dalam pelbagai platform. Antaranya ialah iOS, Maemo (Nokia N900), Palm webOS, Android, Symbian^3, PSP, PS3, Windows dan Mac OS X.

Antara karekter yang ada : 






tapi melalaikan dan ketagih...

Pengalaman ke sekolah dalam pulau...

  • Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, Tumpat Kelantan
  • guru dan murid berulang alik menaiki bot ke sekolah.
  • pengakutan utama: pengangkutan air sahaja (bot)







tabik guru2 kat sini... susah2 pon untuk anak bangsa.. bangga...

Tuesday, May 10, 2011

Gejala-gejala pelajar apabila peperiksaan tiba.

1.  Membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Yang kepoh jadi pendiam. Orang masuk keluar bilik pun dah tak perasan. Kalau orang tanya, jawab pun dengan muka pandang buku.

2.  Membaca dengan kadar yang cepat
Faham atau tidak itu perkara kedua. Yang penting ada point untuk ‘goreng’ soalan subjektif. Soalan objektif lagi senang, bulat-bulat  je. Hahadoii..

3.  Nak turun kafe tu fikir 2,3 kali
Tak pun sekali sehari je. Dah tu tak ada masa nak makan dekat kafe dah. Main bungkus je. Sambil makan dalam bilik boleh baca apa yang patut. Kalau ada kawan yang tolong bungkuskan makanan, sangatlah indah hidup.

4.  Orang yang jenis audiotori pulak masa ni lah bukak mp3 volume paling sakit telinga. 
 Tapi masa ni memang tak sakit telinga sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

5.  Kalau main mesej tu balas sikit-sikit je. 
Pendek-pendek. Tak ada masa fikir nak taip panjang-panjang. Kawan punyalah taip tulis dua muka surat, kita balas ‘k’ je. huhuhu.. Nah! Ambil ubat. Kacau orang lagi!

6.  Mula bukak buku yang tebal-tebal.  
Buku yang patutnya perlu baca untuk satu semester, boleh habiskan dalam satu malam je. Fuh, dasyattt…

7.  Asyik-asyik tengok jam. 
Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Siap tanya lagi kawan sebelah. Yela, masa itu emas kan?

8.  Stok Nescafe, kopi Tongkat Ali, kopi Mak Dara, cucu dara semua lengkap untuk jaga malam.
Tiap-tiap malam minum sampai dah tak ada kesan. :)

9.  Meja belajar bersepah.
Mana dengan highlighter, pen biru, hitam, merah. Kertas-kertas nota lagi. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari perpustakaan semua nak bukak serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

10. Dekat ‘wall’ facebook penuh dengan status maaf dan ‘doakan exam nanti’. 
Padahal sebelum ni ‘post’ status bukan-bukan.. huk3.

11. Waktu tidur dan bangun tidur telah bertukar shift.
Kadang kala sehingga dah tak boleh beza matahari dengan bulan bintang.

12. Jerawat mula tumbuh berkeliaran di muka seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ akibat daripada tekanan peperiksaan
Pakej beserta kelemumur dengan uban sekali. Lengkap!

13. Dah tak ada masa nak sembang-sembang kosong. 
Semua sembang akademik yang dapat menguji keintelektualan minda. Dah tak ada gosip-gosip. Hehehe..

14. Masa nak tidur tu tak lepas pegang buku dan nota.
Konon-konon dengan cara tu, maklumat dalam buku dapat serap masuk terus ke otak masa tidur macam copy filem daripada internal disk. Bijak bukan? (macam pernah buat je? huhuhu..)

15. Alhamdullillah, mula rajin dekatkan diri dengan tikar sembahyang.
Dah tak lengah-lengahkan solat, buat solat Hajat, Qiamullail, baca al-Quran dan berdoa mohon permudahkan urusan.

16. Masa ni mula terfikir kenapa tak belajar awal-awal dulu.
Haihh.. Pastu pulak buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam semester sekarang. Tup tup, semester depan sama je, malah lebih teruk. HAHAHA..