1) INFRASTRUKTUR
¨ Infrastruktur yang disediakan memainkan peranan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.
¨ Kesempurnaan aktiviti Pendidikan Jasmani di padang juga bergantung kepada bahan atau infrastuktur yang sedia ada.
¨ Antara elemen yang perlu ditelitikan ialah :
¤ Kedudukan sekolah
¤ Kewangan sekolah
¤ Kemudahan
¤ Peralatan
¨ Kedudukan Sekolah
¤ Luar bandar dan di bandar banyak bezanya, masih terdapat beberapa kemudahan pembelajaran yang masih tiada di sekolah pedalaman tetapi ada di bandar.
¤ Contoh :
¨ Kemudahan internet penting bagi penerokaan ilmu. Di luar bandar pula, kemudahan seperti ini kurang disediakan.
¨ Bagi kemudahan di sekolah bandar kemungkinan mempunyai kemudahan padang yang kurang sempurna.
¨ Kewangan sekolah
¤ Aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah bergantung kepada kapasiti murid. Oleh itu, keperluan kewangan yang diperuntukkan bergantung kepada kapasiti murid sesebuah sekolah.
¤ Faktor sosioekonomi memainkan peranan dalam membantu sumber ekonomi sekolah.
¨ Contoh
¨ Sekolah di perumahan elit mudah untuk mendapat sumbangan. Aktiviti boleh dijalankan secara besar-besaran dan lebih selesa.
¨ Kemudahan
¤ Kemudahan yang mencukupi memboleh aktiviti dijalankan dengan sempurna.
¤ Penyeliaan oleh pihak pentadbiran mestilah dijalankan dengan sempurna.
Contohnya:
Aktiviti yang melibatkan penggunaan gelanggang tidak semestinya dapat dijalankan dengan sempurna. Ini kerana kemudahan gelanggang tidak terdapat dalam semua sekolah atau tidak disediakan dengan sempurna.
¨ Peralatan
¤ Peralatan mestilah berkeadaan baik dan tidak membahayakan.
¤ Ini membolehkan aktiviti dapat dijalankan dengan lebih baik .
¤ Contoh :
n Kemahiran lompat pagar, peralatan yang digunakan mestilah selamat dan tidak membahayakan murid.
2) TENAGA PENGAJAR
- ¨ Tenaga pengajar amatlah penting dalam semua subjek termasuklah Pendidikan Jasmani.
- ¨ Antara elemen yang perlu diambil kira ialah kepakaran yang ada kepada seseorang tenaga pengajar Pendidikan Jasmani.
- ¨ Contohnya :Tenaga pengajar dalam permainan hoki perlu mengetahui dan menguasai kemahiran dengan lebih mendalam.
- ¨ Tenaga pengajar mestilah mempunyai ilmu PJ berkenaan dengan kemahiran,teknik,dan strategi pengajaran sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti.
- ¨ Aktiviti pendidikan Jasmani yang berisiko memerlukan tenaga pengajar yang mahir dan bertanggungjawab setiap aktiviti yang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya risiko kemalangan semasa aktiviti dijalankan.
- ¨ Tenaga pengajar perlu lebih prihatin terhadap kemampuan dan keupayaan murid terhadap pengajaran dan fleksibel.
- Contohnya: Dalam aktiviti sukan dan rekreasi (abselling), jika guru tidak berpengetahuan atau kurang kepakaran kemungkinan berisiko berlakunya kemalangan akan berlaku. Oleh itu, guru perlu memahami dan mengetahui aplikasi aktiviti dengan lebih terperinci
3) PERSEKITARAN DAN BUDAYA TEMPAT
- Kebersihan sesuatu kawasan dan persekitarannya turut mempengaruhi aktiviti pendidikan jasmani
- Tempat yang kotor akan menjejaskan keselesaan murid untuk belajar dan menjalankan aktiviti serta menjejaskan kesihatan murid.
- Keselamatan aspek yang amat penting
•Selamat untuk diri sendiri dan orang lain
•Keadaan yang bahaya dan kurang selamat menjejaskan keyakinan murid untuk belajar
- Setiap aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan hendaklah dijalankan di tempat yang sesuai•Contoh :-Kawasan padang - Olahraga (balapan/padang)-Dewan tertutup - badminton